KOKURIKULUM
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan juga aktif dalam Kokurikulum. Di samping didedahkan dengan pengajian akademik dan agama di dalam bilik darjah, pelajar-pelajar juga sentiasa diberikan pendedahan tambahan bagi memantapkan sahsiah dan pergaulan pelajar . Kita bukan sahaja mahu melahirkan pelajar yang cemerlang AKADEMIK dan AGAMA, tetapi kita juga mahu melahirkan pelajar aktif kokurikulum bagi keseimbangan rohani dan jasmani pelajar.
Badan beruniform yang terdapat di SRIAF ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM). Melalui TKRSM pelajar-pelajar akan didedahkan dengan ilmu kemahiran seperti perkhemahan, kawad, based, bantu mula, tali temali dan orienteering. Badan beruniform adalah wajib untuk pelajar tahap 2 sahaja.
Terdapat pelbagai KELAB, PERSATUAN dan PERMAINAN di SRIAF di mana terbuka untuk pelajar tahap 1 dan tahap 2. Antaranya termasuklah:
KELAB RENANG | KELAB TAEKWON-DO | KELAB MEMANAH |
KELAB CATUR | KELAB FUTSAL | KELAB OLAHRAGA |
KELAB BADMINTON | KELAB MULTIMEDIA | KELAB MYCARE |
KELAB NASYID | PERSATUAN BAHASA | PERSATUAN SAINS MATEMATIK |