Utama > PENGENALAN

15-Feb-2019

Inspirasi menubuhkan Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan (SRIAF) ini bermula dari sekumpulan ibubapa prihatin yang berhasrat untuk melaksanakan dan mengekalkan pendidikan integrasi (AGAMA dan AKADEMIK dalam satu sesi persekolahan) yang dipelopori oleh MUSLEH.

Pada 12hb November 2012, SRI AL FURQAN RESOURCES telah menubuhkan SRIAF bagi tujuan memberi perkhidmatan pendidikan (pembelajaran serta pengajaran SUBJEK AKADEMIK bersama SUBJEK AGAMA dan PEMBENTUKAN SYAKSIAH) yang berkualiti dalam proses melahirkan insan rabbani melalui sistem pendidikan MUSLEH.

Kini, terdapat tiga buah sekolah dibawah SRI AL Furqan RESOURCES iaitu Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan, Madrasah Tahfiz Al Furqan (Tahfiz Integrasi Menengah) dan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan Bukit Jelutong.

SRIAF telahpun mendapat surat perakuan pendaftaran sementara dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 13 Rabiul Awwal 1433H bersamaan 25hb Januari 2013 (Ruj : JAI.Sel. BPI 03/05/083/01 JLD 2 (88)).

SRIAF juga telah mendapat kelulusan menggunakan sistem MUSLEH dari Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) pada 1hb Disember 2012 (Ruj : MUSLEH/PENT/PENG/100-11(16)).