Utama > SERI

23-Apr-2019

SILIBUS

Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan (SRIAF) merupakan sekolah INTEGRASI yang menggabungkan AKADEMIK dan AGAMA dalam satu sesi persekolahan. SRIAF mengikut arus perdana dengan mengguna silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi subjek AKADEMIK dan silibus MUSLEH bagi subjek Agama. 

Sesi persekolahan di SRIAF bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 3.30 petang pada hari Isnin sehingga Khamis. Manakala, pada hari Jumaat sesi persekolahan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.  

Selepas pukul 3.30 petang terdapat kelas mengaji dan kelas pra tahfiz di mana ianya PILIHAN. Kelas mengaji bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 5.00 petang. Setelah habis kelas mengaji dan pra tahfiz pukul 5.00 petang, anak-anak digalakkan untuk solat Asar di sekolah.

 

Peperiksaan yang akan diduduki pelajar antaranya termasuklah:

Ujian Penilaian Sekolah KAFA  (UPKK) Tahun 5

Sistem Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh (SPPIM) Tahun 6

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 6

Penilaian Peperiksaan Sekolah  Rendah Agama (PSRA) Tahun 6

 

SUBJEK YANG DITAWARKAN 

AKADEMIK AGAMA
  Bahasa Melayu   Bahasa Arab
  Bahasa Inggeris   Aqidah
  Matematik   Feqah
  Sains   Akhlak
  Sejarah   Sirah
  Pendidikan Seni Visual   Tulisan Jawi
    Tilawah & Hafazan


SILIBUS TILAWAH DAN HAFAZAN

Objektif kelas tilawah adalah untuk menggalakkan pelajar sentiasa membaca Al Quran, menghafal dan memahami maksud kitab suci Al Quran. Pelajar SRIAF akan dinilai pencapaian tilawah mereka, melalui pembahagian bacaan mengikut tahun seperti berikut:

      TILAWAH AL QURAN
  Talaqqi (Tahun 1)
  Juz 29-30 (Tahun 2)
  Juz 1-6 (Tahun 3)
  Juz 7-13 (Tahun 4)
  Juz 14-20 (Tahun 5)
  Juz 21 -28 (Tahun 6)

 

Pelajar-pelajar yang tamat dari SRIAF juga merupakan pelajar yang telah menghafal sebahagian besar surah-surah di dalam juzuk 30 dan beberapa surah pilihan lain. Pelajar-pelajar ini akan sentiasa dinilai pencapaian hafazan mereka melalui pembahagian bacaan mengikut tahun seperti berikut:-

HAFAZAN AL QURAN

Tahun 1

  • Al fatihah
  • An Nas
  • Al Falaq
  • Al Ikhlas
  • Al Masad
  • An Nasru
  • Al Kafirun
  • Al Kausar
  • Al Maun
  • Quraish
  • Al Fil
  • Al Humazah
  • Al Asr
  • At Takasur
  • Al Qariah
  • Al Adiat
  • Al Zalzalah

Tahun 3

  • As Syams
  • Al Balad
  • Al Fajr
  • Al Ghasiah
  • Al A’la
  • At Toriq
  • Al Buruj

Tahun 4

  • Al Insyiqaq
  • Al Mutafifin
  • Al Infitar
  • At Takwir

Tahun 5

  • Abasa
  • An Naziat
  • An Naba’

Tahun 2

  • Al Baiyinnah
  • Al Qadr
  • Al Alaq
  • At Tin
  • Al Insyirah
  • Ad Dhuha
  • Al Lail

Tahun 6

  • Yasin
  • Al Insan
  • As Sajadah